SEJARAH PUO
Politeknik Ungku Omar telah
ditubuhkan pada tahun 1969 oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia
dengan bantuan UNESCO. Peruntukan
sebanyak RM24.5 juta diperolehi daripada United Nation Development
Programme (UNDP). UNESCO telah dipertanggungjawabkan untuk merancang dan
melaksanakan pembinaan politeknik tersebut di atas tapak seluas 22.6
hektar di Jalan Dairy, Ipoh. Politeknik ini
mengambil sempena nama
Allahyarham Dato' Profesor Ungku Omar Ahmad demi mengenang jasa dan
sumbangan beliau kepada negara dan bangsa terutamanya dalam bidang
penyelidikan perubatan
Pada mulanya Politeknik ini menumpang di
bangunan Pusat Latihan Harian (DTC) Ipoh yang kemudiannya menjadi Maktab
Perguruan Kinta. Untuk kumpulan 300 orang pelajar yang pertama, kuliah
diadakan mulai 2 Jun 1969. Tenaga pengajarnya pada masa itu terdiri dari
28 orang pensyarah tempatan dan dibantu oleh 14 orang sukarelawan dari
Kanada, Amerika Syarikat, Jerman dan Jepun.
Pada penghujung 1973,
Politeknik berpindah ke kampus barunya dan ianya dirasmikan pada 10 Mei
1974 oleh Y.B. Menteri Pendidikan pada waktu itu, Allahyarham Tun Abdul
Razak b Hussein
|
Politeknik ini didirikan dengan tujuan untuk memberi latihan kepada
lulusan sekolah menengah dengan kelayakan SPM atau SPMV untuk menjadi
juruteknik mahir dalam bidang juruteknik mahir dalam bidang
kejuruteraan, pegawai eksekutif pertengahan dan separa profesional di
sektor awam dan sektor swasta.
Pada peringkat awal, Politeknik ini
cuma mempunyai empat Jabatan Akademik iaitu Jabatan Kejuruteraan Awam,
Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan
Jabatan Perdagangan yang menawarkan pelbagai kursus di peringkat diploma
dan sijil. Pada tahun 1972, diwujudkan Jabatan Kejuruteraan Perkapalan
dan jabatan ini cuma menawarkan kursus tunggal pada peringkat Diploma.
Pada 1 Mac 1999, dua unit akademik dinaikkan taraf sebagai Jabatan. Unit
Matematik dan Sains dijadikan Jabatan Matematik, Sains dan Komputer
manakala Unit Bahasa/Agama pula dijadikan Jabatan Pengajian Am.
Program
Teknologi Maklumat, buat pertama kalinya ditawarkan oleh PUO pada
Januari 1999 di bawah Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Pada Julai 1999
pelaksanaan Program Teknologi Maklumat telah diletakkan di bawah Jabatan
Matematik, Sains dan Komputer.Pada Januari 2007, Program Teknologi
Maklumat telah diwujudkan di PUO dan telah diletakkan di bawah Jabatan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi. |
Sejak permulaan hingga hujung 2007, PUO telah melahirkan sejumlah
50,822 orang graduan. Kini terdapat bekas pelajar PUO berkhidmat di
pelbagai bidang aktiviti ekonomi negara dan mereka itu telah
menyumbangkan kemahiran serta tenaga dalam proses pembinaan negara.
Kejayaan ini adalah berkat usaha bersama semua pihak termasuk pensyarah
dan kakitangan lain yang kini berjumlah 681 orang.
Pada
1
September 1999, Maktab Perguruan Kinta menyerahkan kampusnya kepada PUO.
Kini kampus bekas maktab dinamakan Kampus B dan digunakan sepenuhnya
oleh Jabatan Perdagangan, Jabatan Pengajian Am, Unit Kokurikulum dan
Unit Pepreriksaan. Perkembangan dalam saiz kampus PUO adalah perlu untuk
menampung pertambahan pesat dalam bilangan pelajar. Pada suatu hari
nanti bilangan pelajar PUO dijangka akan menjejak 10,000 orang.